Saidatina Khadijah R.A – Srikandi Sejati

Setelah pembebasan Kota Mekah (Fathu Makkah), para Sahabat  pulang ke rumah masing-masing (rumah para saudara kaum Muhajirin), tapi Rasulullah SAW tidak terus pulang, sebaliknya  ke Ma’la , ke makam orang yang paling dicintai Rasulullah SAW, Saidatina Khadijah RA. Di sisi makam berkenaan, baginda mendirikan tenda kecil untuk bermalam dan tidak mahu diganggu. Di situ baginda diam,  curhat,  berbicara dan berekspressi rasa cinta dan rindu yang mendalam kepada Saidatina Khadijah  yang sangat dikasihi.

“Ya Khadijah, katamu benar, katamu benar. Allah telah menolong memenangkan agamamu. Pengorbananmu tidak sia-sia wahai Khadijah”. Curhat Rasulullah SAW.

Kenapa Rasulullah SAW punya rasa sayang dan kasih yang mendalam kepada Saidatina Khadijah sehingga curhat sedemikian?

Ketika di awal dakwah baginda , Rasulullah SAW dicela dan dihina dan segala bentuk penderitaan yang ditimpakan oleh penduduk Mekah. Pulang ke rumah,  Rasulullah SAW berkongsi cerita-cerita ini dengan isterinya, Saidatina Khadijah RA. Apa kata Saidatina Khadijah RA?

“Ya Rasulullah, Demi Allah, jangan khuatir, sesungguhnya Allah pasti akan memenangkan agama ini, dan Allah tidak akan mengecewakanmu, Jadi, semangatlah wahai Rasulullah”.

Ketika ujian dakwah semakin hebat, tahap kesihatan Saidatina Khadijah RA pun semakin menyusut, begitu juga harta kemewahannya yang segalanya ditumpahkan untuk Rasulullah berdakwah. Di akhir-akhir hayat Saidatina Khadijah RA, dalam keadaan sakit keras, sejak bernikah sampailah ketika kerja dakwah Rasulullah dalam serba kesukaran,  Saidatina Khadijah RA tetap menyiapkan semua keperluan harian dan keperluan dakwah untuk Rasulullah SAW tanpa henti.  Rasulullah yang tak sanggup lihat keadaan Saidatina Khadijah berkata “Ya Khadijah, istirehatlah”. Apa kata Saidatina Khadijah ?

Ya Rasulullah..istirehat kita nanti  di Akhirat”.

Di akhir-akhir hayat Saidatina Khadijah, Allah SWT yang melihat bagaimana besarnya pengorbanan Saidatina Khadijah RA, akhirnya mengutuskan Jibrail untuk bertemu dengan Rasulullah SAW. Jibrail pun turun untuk bertemu Rasulullah dan berkata “Assalamualaikum Ya Rasulullah, jika engkau bertemu Khadijah membawa makanan, katakan padanya..Allah menitipkan salam buat Khadijah ”. Jibril pun turut sama berpesan agar dititipkan salam buat Saidatina Khadijah, kerana kagum atas luar biasanya pengorbanan Khadijah.

Setelah Jibrail  pergi, Rasulullah SAW pun sampai di rumah,  Saidatina Khadijah yang nampak suaminya pulang terus membawa makanan. Sebelum mula makan, Rasulullah SAW  berkata pada Saidatina Khadijah RA “Ya Khadijah, Jibril baru sahaja pulang”

“Ada apa Ya Rasulullah?” tanya Saidatina Khadijah

“Kata Jibril, Allah menitipkan salam untukmu. Jibril juga menitipkan salam buatmu” 

Saidatina Khadijah yang mendengar terus menangis. Menangis terharu dan sedih. Terharu kerana mengerti, apabila Allah SWT titipkan salam, bermakna beliau akan segera dipanggil kembali ke sisi-Nya, dan juga  sedih kerana juga mengerti terpaksa meninggalkan suaminya Rasulullah SAW sedangkan perjuangan belum lagi selesai. Terpaksa berhenti, tidak dapat menemani dan berjuang bersama suaminya hingga ke pnghujung jalan.

“Ya Rasulullah, jika saya pergi, bagaimana dengan engkau?” tanya Saidatina Khadijah.

Selang beberapa hari kemudian, Saidatina Khadijah wafat. Tiga tahun sebelum peristiwa Hijrah.

Riwayatnya masih kita baca sampai sekarang, 1445 tahun lamanya setelah perginya Saidatina Khadijah RA menghadap Ilahi.

Facebooktwitter

Leave a Reply